Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

184 terkorban, lebih 120 cedera dalam serangan ke atas masjid di Mesir

Sekurang-kurangnya 184 orang terbunuh dan 125 lagi mengalami kecederaan di Mesir, apabila sebuah masjid yang penuh sesak dengan jemaah solat Jumaat, diserang hari ini (24 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
184 terkorban, lebih 120 cedera dalam serangan ke atas masjid di Mesir

Petikan skrin: Google Maps

Diterbitkan : 24 Nov 2017 09:44PM Dikemas Kini : 24 Nov 2017 10:05PM

AL-ARISH, MESIR: Sekurang-kurangnya 184 orang terbunuh dan 125 lagi mengalami kecederaan di Mesir, apabila sebuah masjid yang penuh sesak dengan jemaah solat Jumaat, diserang hari ini (24 Nov).

Ia dilakukan oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang dilaporkan menembak ke arah para jemaah masjid dan meletupkan sebuah bom di Masjid Al Rawdah yang terletak di bandar bandar Bir al-Abed.

Demikian menurut laporan-laporan agensi berita sejauh ini.

Serangan berdarah di utara semenanjung Sinai itu adalah yang paling berdarah menimpa Mesir sejak akhir-akhir ini.

Media tempatan melaporkan bahawa beberapa lelaki bersenjata melepaskan tembakan dari empat kenderaan selepas bom diletupkan ketika khutbah sedang berlangsung.

Setakat ini, belum ada kumpulan ataupun individu yang mendakwa mendalangi serangan itu.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, kumpulan-kumpulan militan giat melakukan pemberontakan dan serangan sejak tentera Mesir mengguling kuasa Presiden Mohammed Morsi pada pertengahan tahun 2013.

Beratus-ratus pegawai polis, anggota tentera dan orang awam dibunuh dalam beberapa tahun ini, kebanyakannya didalangi kumpulan di utara semenanjung Sinai yang berkaitan dengan ISIS.

Pada 2014, Presiden Abdel Fattah el-Sisi mengisytiharkan keadaan darurat ke atas semenanjung berkenaan menyusuli satu serangan bom nekad yang membunuh 31 anggota tentera.

Beliau turut menyifatkan kawasan tersebut sebagai "tempat membiak pengganasan dan para pengganas."

Serangan hari ini berlaku sehari sebelum sempadan Rafah dijadualkan untuk dibuka selama tempoh tiga hari. Sempadan itu merupakan gerbang utama bagi rakyat Palestin di Carikan Gaza melihat dunia luar.  

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan