Images
  • pendatang
    (Gambar: BERNAMA)

18 pendatang tanpa izin diberkas ketika mendarat di Johor

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberkas 18 pendatang tanpa izin warga Indonesia ketika cuba mendarat di Pesisiran Pantai Batu Layar, Bandar Penawar, Johor, pada Isnin (10 Ogos).

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam satu kenyataan hari ini (11 Ogos) memaklumkan penangkapan itu hasil pemantauan anggota pos pemerhati, Pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) yang mengesan sebuah bot kira-kira 500 meter di pesisir pantai berkenaan.

“Hasil tindakan pantas kumpulan Quick Reaction Force (QRF) telah berjaya menangkap 18 orang pendatang tanpa izin terdiri daripada 13 orang lelaki dan lima wanita warga Indonesia berusia lingkungan 24 hingga 43 tahun,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya lagi, turut dirampas 10 unit telefon bimbit dan wang tunai bernilai RM2,164 (S$707).

Kesemua pendatang tanpa izin berkenaan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang dan pengendalian penahanan mereka dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, menurut kenyataan itu lagi.

- BERNAMA/HA/ha

Top