Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

18 maut susuli nahas bas di Pakistan

Sekurang-kurangnya 18 orang maut dan lebih 30 yang lain cedera apabila sebuah bas yang membawa sekumpulan jemaah terbalik di sebuah lebuh raya di barat daya Pakistan.

Anggaran Waktu Membaca:
18 maut susuli nahas bas di Pakistan

Bas membawa 59 penumpang ditimpa kemalangan di Pakistan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Jun 2021 02:58PM Dikemas Kini : 12 Jun 2021 03:01PM

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 18 orang maut dan lebih 30 yang lain cedera apabila sebuah bas yang membawa sekumpulan jemaah terbalik di sebuah lebuh raya di barat daya Pakistan.

Kemalangan itu berlaku di daerah Khuzdar di wilayah Punjab pada pagi Jumaat (11 Jun), menurut Radio Pakistan.

Mangsa yang cedera dipindahkan ke hospital pemerintah dan hospital tentera di daerah Khuzdar.

Kata seorang pegawai kanan pemerintah tempatan kepada AFP, pemandu memandu dengan laju dan hilang kawalan.

Isnin lalu (7 Jun), lebih 60 orang terkorban selepas sebuah kereta api melanggar gerabak kereta api lain yang tergelincir beberapa minit sebelum nahas berlaku di Daharki, wilayah Sindh.  

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan