Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

18 maut dalam letupan balang gas di majlis perkahwinan

Pasukan penyelamat menemui sembilan lagi mayat di bawah runtuhan sebuah hotel di bandar Beawar semalam (18 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
18 maut dalam letupan balang gas di majlis perkahwinan
Diterbitkan : 19 Feb 2018 03:13PM Dikemas Kini : 19 Feb 2018 03:15PM

RAJASTHAN: Pasukan penyelamat menemui sembilan lagi mayat di bawah runtuhan sebuah hotel di bandar Beawar semalam (18 Feb).

Penemuan itu, menjadikan jumlah korban akibat letupan kuat ketika satu majlis perkahwinan meningkat kepada 18 orang, kata seorang pegawai.

Sebuah silinder gas meletup Jumaat lalu (16 Feb) di hotel yang terletak di bandar negeri Rajasthan itu menyebabkan bangunan hotel tiga tingkat itu runtuh dan mencetuskan kebakaran besar.

Pada petang Sabtu lalu (17 Feb), para pegawai menemui sembilan mayat. Bagaimanapun, angka korban meningkat semalam apabila pasukan menyelamat yang dibantu pihak tentera menemui lagi sembilan mangsa termasuk wanita dan kanak-kanak di bawah runtuhan.

Seorang pegawai India berkata bahawa sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh menyusuli letupan di majlis berkenaan.

"Setakat ini, 18 mayat sudahpun ditemui," kata Gaurav Goyal, seorang pegawai pentadbir kanan di Ajmer iaitu daerah di mana letupan itu berlaku, 200 kilometer dari ibu kota Jaipur.

"Lima mangsa yang cedera termasuk lecur teruk kini dirawat di hospital," katanya kepada AFP.

Para saksi memberitahu agensi berita tempatan, NDTV, letupan berlaku ketika seorang tukang masak cuba mengisi silinder gas.

Ketua Menteri Rajasthan, Vasundhara Raje melawat para mangsa yang cedera di hospital Sabtu lalu dan mengumumkan wang pampasan 200,000 rupees (S$3,106) kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban.  

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan