18 maut, 21 cedera akibat kemalangan 30 kenderaan
Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh sementara lagi 21 cedera dalam kemalangan berangkai di Wilayah Anhui, China.
ANHUI, China: Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh sementara lagi 21 cedera dalam kemalangan berangkai di Wilayah Anhui, China.
Lebih 30 kenderaan terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Fuyang di wilayah tersebut.
Sebanyak 14 lori bomba dan lebih 100 ahli bomba dikejarkan ke tempat kejadian.
Separuh daripada lebih 20 mangsa yang cedera mengalami cedera teruk.
Perlanggaran yang bertindan-tindan itu mengakibatkan lalu lintas tergendala sepanjang 2.5 kilometer di sepanjang Lebuh Raya Fuyan.
Siasatan awal mendedahkan bahawa jarak penglihatan kurang daripada 100 meter akibat cuaca berkabus menjadi punca kemalangan.
Ini berikutan amaran yang dikeluarkan pemerintah daerah Fuyan mengenai pencemaran udara yang teruk dan menasihati orang ramai mengelakkan kegiatan luar.
Pada 2015, lebih 180,000 kemalangan jalan raya berlaku di China, membunuh 58,000 penduduk.
Hampir 90% kemalangan membawa maut atau kecederaan itu disebabkan kesalahan lalu lintas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.