Images
  • china eastern
    Gambar fail pesawat syarikat penerbangan China Eastern. (Gambar: Johannes Eisele/ AFP)

176 penerbangan dibatalkan di tengah-tengah pertikaian China, Taiwan

SHANGHAI: Pertikaian antara China dengan Taiwan berhubung laluan penerbangan, terus meruncing.

Dua syarikat penerbangan, China Eastern Airlines dan Xiamen Airlines membatalkan 176 penerbangan ke Taiwan, menjejas perjalanan menjelang perayaan Tahun Baru Cina.

China mendakwa Taiwan enggan meluluskan penerbangan-penerbangan tersebut.

Laporan media Taiwan pula mengatakan langkah itu sebagai tingak balas selepas China melancarkan laluan-laluan penerbangan baru, tanpa dulu berbincang dengan Taipeh.

Taiwan juga mendakwa laluan-laluan baru itu menimbulkan ancaman terhadap keselamatan penerbangan.

Menyusuli kebuntuan itu Taiwan mengatakan ia mungkin menggunakan pesawat tentera untuk mengangkut rakyat Taiwan di China, pulang bagi meraikan Tahun Baru Cina.

Sekitar 30,000 peniaga Taiwan yang berpangkalan di China dijangka terjejas. 

- Reuter/MM/aq

Top