Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

17 maut dalam kebakaran hotel di New Delhi

Sekurang-kurangnya 17 maut apabila sebuah hotel di New Delhi dimamah api, dengan para mangsa termasuk seorang wanita dan kanak-kanak dilaporkan lompat dari tingkap untuk cuba menyelamatkan diri.

Anggaran Waktu Membaca:
17 maut dalam kebakaran hotel di New Delhi

Hotel Arpit Palace (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Feb 2019 07:17PM Dikemas Kini : 12 Feb 2019 07:23PM

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 17 maut apabila sebuah hotel di New Delhi dimamah api, dengan para mangsa termasuk seorang wanita dan kanak-kanak dilaporkan lompat dari tingkap untuk cuba menyelamatkan diri.

Kebakaran berlaku pada dinihari tadi (12 Feb) di Hotel Arpit Palace yang terletak di kawasan sesak di ibu kota India itu.

Para tetamu hotel tersebut tidak dapat menggunakan koridor untuk menyelamatkan diri kerana hotel itu dibina menggunakan panel kayu, menurut seorang pegawai kebakaran.

Sekitar 35 orang dapat diselamatkan selepas pasukan bomba mengambil masa beberapa jam untuk melawan kebakaran.

Rakaman video menunjukkan api yang marak beserta asap tebal menyelubungi bangunan hotel tiga tingkat itu yang terkenal di kalangan para pelancong yang inginkan hotel bajet.

Kebakaran kerap berlaku merata India akibat piawai keselamatan yang lemah dan penguatkuasaan yang longgar.

Para aktivis berkata pihak pemaju dan tuan tanah mengambil jalan pintas berhubung keselamatan untuk menjimatkan kos, serta mendakwa penguasa awam bersikap cuai dan tidak mengambil endah.

Disember lalu, enam orang maut apabila kebakaran berlaku di sebuah hospital di Mumbai.

Pada 2017 pula, 14 orang mati dalam satu kebakaran di sebuah restoran terkenal di Mumbai.

Sumber : AFP/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan