Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

16 orang termasuk 9 kanak-kanak kelecuran di Putrajaya akibat letupan belon helium

Seramai 16 orang termasuk kanak-kanak mengalami kelecuran apabila belon helium yang digunakan sebagai alatan program kecergasan sempena Bulan Sukan Negara 2019 di Dataran Putrajaya meletup.

Anggaran Waktu Membaca:
16 orang termasuk 9 kanak-kanak kelecuran di Putrajaya akibat letupan belon helium

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 12 Oct 2019 06:27PM Dikemas Kini : 12 Oct 2019 06:29PM

PUTRAJAYA: Seramai 16 orang termasuk kanak-kanak mengalami kelecuran apabila belon helium yang digunakan sebagai alatan program kecergasan sempena Bulan Sukan Negara 2019 di Dataran Putrajaya meletup.

Sembilan kanak-kanak dan tujuh orang dewasa yang merupakan antara peserta dan pengunjung ke program itu terjejas akibat insiden itu.

Kesemua mangsa dirawat di Hospital Putrajaya dan ditempatkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hasan, belon itu dipercayai meletup selepas seorang individu cuba memutuskan benang ikatan belon menggunakan pemetik api. Malangnya, pemetik api itu menyambar belon helium tersebut.

"Polis menemui pemetik api yang disyaki digunakan di tempat kejadian," kata ACP Rosly ketika ditemui di Hospital Putrajaya.

Menurutnya, kejadian itu berlaku setelah tamatnya program kecergasan itu pada sekitar pukul 11.00 pagi sedang pihak penganjur mengemaskan barangan.

Sehingga kini, belum lagi ada pihak yang tampil membuat laporan berhubung insiden itu.

Tiada mangsa di dalam tahap kritikal.

"Mangsa mengalami luka kebakaran tahap pertama dan kedua. Kecederaan yang dialami mangsa berbeza dengan ada yang di bahagian kening, rambut dan tangan. Tidak ada yang cedera satu badan," kata Dr Khairul Nizam Hassan, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut melawat mangsa di Hospital Putrajaya.

Menurutnya, ada mangsa kanak-kanak yang ditemuinya trauma oleh kejadian itu sehingga tidak mampu untuk bercakap.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedia membantu dari segi kaunseling kepada mangsa.

"Sedih tragedi sudah berlaku di tempat yang sepatutnya ada temasya,” katanya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan