Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

16 kapal mewah dijilat api di Hong Kong; 35 orang diselamatkan

Sekurang-kurangnya 10 kapal mewah karam selepas 16 kapal dijilat api susuli satu kebakaran dahsyat di sebuah marina di Hong Kong pada awal pagi Ahad (27 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
16 kapal mewah dijilat api di Hong Kong; 35 orang diselamatkan

Gambar dari video kapal terbakar di Hong Kong. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 27 Jun 2021 05:41PM Dikemas Kini : 27 Jun 2021 05:45PM

HONG KONG: Sekurang-kurangnya 10 kapal mewah karam selepas 16 kapal dijilat api susuli satu kebakaran dahsyat di sebuah marina di Hong Kong pada awal pagi Ahad (27 Jun).

Kebakaran itu berlaku pada sekitar 2.30 pagi dan usaha memadamkannya mengambil masa lebih enam jam.

Empat pasukan bomba dikerahkan bagi memadamkan kebakaran itu, dengan menggunakan lapan jet air menurut satu kenyataan.

Satu letupan juga kedengaran semasa kebakaran di tempat perlindungan taufan di Aberdeen South itu.

Menurut pihak berkuasa, pasukan tersebut mengalami kesulitan memadamkan api itu kerana bot-bot terletak pada jarak yang dekat.

Tiupan angin kencang menjadikan usaha itu lebih mencabar dan hampir 30 buah kapal turut terjejas.

Namun 35 orang berjaya diselamatkan, dengan seorang dihantar ke hospital menurut penyiar awam RTHK.

Punca kebakaran masih belum diketahui setakat ini.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan