Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

155 rakyat Thai di M'sia dibenarkan pulang

Seramai 155 warga Thailand yang bekerja di Malaysia dan tidak dapat pulang ke negara mereka ekoran penutupan pintu sempadan sudah dibenarkan pulang pada Isnin (30 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
155 rakyat Thai di M'sia dibenarkan pulang

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 31 Mar 2020 07:35AM Dikemas Kini : 31 Mar 2020 07:39AM

SATUN: Seramai 155 warga Thailand yang bekerja di Malaysia dan tidak dapat pulang ke negara mereka ekoran penutupan pintu sempadan sudah dibenarkan pulang pada Isnin (30 Mac).

Ketua Polis Perlis Surina Saad berkata perjalanan warga Thailand ke pintu sempadan Wang Kelian mendapat kebenaran daripada Jabatan Imigresen Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Segala persiapan telah dibuat dan saya dimaklumkan bahawa pintu sempadan Wang Kelian dibuka hari ini bagi membawa masuk 155 warga Thailand (ke negara itu)," katanya.

Tinjauan Bernama di Pos Imigresen Wang Kelian di sempadan Malaysia mendapati 155 rakyat Thailand itu, yang terdiri daripada nelayan yang bekerja di Perak, tiba di situ pada pukul 6.20 petang.

Kerajaan Thailand mula membuka pintu masuk kira-kira 6.45 petang dan proses dokumentasi kedua-dua negara berjalan lancar.

Pihak berkuasa Thailand turut dilihat membuat saringan kesihatan ke atas semua rakyatnya itu sebelum dibenarkan melepasi pintu sempadan.

Sebelum ini, kerajaan Thailand menutup semua sembilan pintu sempadan dengan Malaysia sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan, dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Penutupan pintu sempadan itu turut dilaksanakan di semua pintu sempadan Thailand dengan negara-negara jiran yang lain seperti Laos, Kemboja dan Myanmar.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan