Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

15 pelajar sesak nafas, muntah dipercayai akibat pencemaran udara

Seramai 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang, dilaporkan mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas selepas terdedah dengan pencemaran udara di kawasan itu, petang Khamis (20 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
15 pelajar sesak nafas, muntah dipercayai akibat pencemaran udara

Seramai 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar di Pasir Gudang, Johor, mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 21 Jun 2019 01:08AM Dikemas Kini : 21 Jun 2019 01:12AM

JOHOR BAHRU: Seramai 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang, dilaporkan mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas selepas terdedah dengan pencemaran udara di kawasan itu, petang Khamis (20 Jun).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Ibrahim Omar berkata panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pihaknya pada 3.39 petang, sebelum sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama tiga anggota digegaskan ke lokasi untuk memeriksa keadaan. 

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati benar berlaku pencemaran udara. Terdapat 15 pelajar didapati mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas.

“Pasukan EMRS BBP Pasir Gudang bertindak menghantar lima pelajar tersebut ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dan EMRS Johor Bahru telah sampai ke lokasi untuk memberi bantuan dan tempat untuk nyah cemar juga sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Satu sidang media turut dijangka diadakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, Pauzan Ahmad pada bila-bila masa berhubung kes itu. 

Sumber : Bernama/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan