Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

15 orang di tepi jalan maut dirempuh lori hilang kawalan di India

Seramai 15 orang yang sedang tidur di tepi jalan maut setelah dirempuh oleh sebuah lori yang hilang kawalan, di bahagian barat India.

Anggaran Waktu Membaca:
15 orang di tepi jalan maut dirempuh lori hilang kawalan di India

Polis dan penduduk mengerumuni mayat para mangsa. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 20 Jan 2021 01:49PM Dikemas Kini : 20 Jan 2021 01:52PM

AHMEDABAD: Seramai 15 orang yang sedang tidur di tepi jalan maut setelah dirempuh oleh sebuah lori yang hilang kawalan, di bahagian barat India.

Demikian menurut pihak berkuasa pada Selasa (19 Jan).

Mereka yang terkorban termasuk seorang bayi perempuan, lapan wanita dan enam lelaki, menurut pegawai polis Usha Rada di daerah Surat di wilayah Gujarat. Lagi enam orang cedera.

Lori itu berlanggar dengan sebuah traktor yang membawa tebu selepas tengah malam di sebuah persimpangan.

"Pemandu lori tersebut hilang kawalan dan terbabas dari laluan jalan raya, lalu merempuh para pekerja yang sedang tidur di tepi jalan raya," kata Timbalan Penguasa Polis, C M Jadeja.

Menurut polis, pemandu lori dan traktor itu sudah diberkas.

Kenderaan yang dipandu laju di atas jalan raya, di yang sesak dengan motosikal, pejalan kaki, pengayuh basikal ditambah dengan prasarana yang teruk dan kenderaan-kenderaan yang gagal disenggara dengan baik menjadikan jalan-jalan raya di India berbahaya.

Dalam tahun 2019, lebih 150,000 orang maut - 410 setiap hari atau 17 setiap jam - daripada hampir setengah sejuta kemalangan di negara itu, menurut pemerintahnya.

Pada Isnin (18 Jan), Menteri Pengangkutan India, Nitin Gadkari memulakan Bulan Keselamatan Jalan Raya dan mengatakan pemerintah menyasarkan untuk mengurangkan kes kematian dan kemalangan jalan raya menjelang 2025.

Perdana Menteri India, Narendra Modi, dari Gujarat, mengumumkan bahawa pemerintah akan memperuntukkan 200,00 rupee (S$3,628) kepada keluarga setiap mangsa kemalangan itu.

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan