Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

15 maut susuli feri karam dekat Madura

Sekurang-kurangnya 15 orang maut setelah sebuah feri penumpang karam dekat pulau Jawa, menurut polis pada Selasa (18 Jun). Ini adalah kemalangan maritim terbaru yang berlaku di Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
15 maut susuli feri karam dekat Madura

Bot-bot nelayan dekat jambatan Suramadu yang menghubungkan Surabaya dengan pulau Madura. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 18 Jun 2019 03:34PM Dikemas Kini : 18 Jun 2019 03:39PM

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 15 orang maut setelah sebuah feri penumpang karam dekat pulau Jawa, menurut polis pada Selasa (18 Jun). Ini adalah kemalangan maritim terbaru yang berlaku di Indonesia.

Bot berkenaan membawa kira-kira 50 penumbang, melebihi had yang ditetapkan semasa ia karam pada Isnin dalam keadaan laut bergelora dekat pulau Madura, Jawa Timur, kata jurucakap polis Frans Barung Mangera.

Pasukan-pasukan mencari dan menyelamat menemui 13 mayat pada pagi Selasa, sekaligus meningkatkan angka korban kepada 15 orang, sementara 31 mangsa terselamat.

Para penyelamat masih mencari sekurang-kurangnya lagi tiga orang yang disenaraikan hilang secara rasmi. Namun menurut laporan tempatan, ada kemungkinan terdapat lebih ramai mangsa yang tidak disenaraikan.

"Bot itu disyaki membawa penumpang yang melebihi had," kata Encik Mangera dalam kenyataannya.

"Bot itu dipukul ombak besar sehingga ia terbalik lalu karam."

Bot sepanjang 10 meter itu ditemui oleh para nelayan sejurus selepas ia karam, menurut beliau.

Kemalangan laut lazim berlaku di Indonesia yang mempunyai lebih 17,000 pulau, di mana ramai yang melakukan perjalanan laut menggunakan feri dan bot-bot meskipun tahap keselamatannya rendah.

Lebih 160 orang terkorban setelah sebuah feri penumpang karam tahun lalu di Danau Toba, Sumatera, yang merupakan antara tasik paling dalam di dunia.

Lebih 300 penumpang dianggarkan mati lemas pada 2009 apabila sebuah feri karam antara pulau Sulawesi dengan Kalimantan.

Sumber : AFP/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan