Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

15 juta produk tidak selamat dikesan di kedai-kedai Arab Saudi

Pasukan pemeriksaan Kementerian Perdagangan dan Pelaburan Arab Saudi mengesan sekitar 15 juta produk yang tidak memenuhi piawaian Arab Saudi dan perkara-perkara tertentu semasa lawatan ke kedai-kedai dan pertubuhan komersial sepanjang tahun 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
15 juta produk tidak selamat dikesan di kedai-kedai Arab Saudi

Gambar hiasan. (Gambar: Mustafa Ozer/AFP)

Diterbitkan : 04 Feb 2019 11:48PM Dikemas Kini : 04 Feb 2019 11:54PM

MAKKAH: Pasukan pemeriksaan Kementerian Perdagangan dan Pelaburan Arab Saudi mengesan sekitar 15 juta produk yang tidak memenuhi piawaian Arab Saudi dan perkara-perkara tertentu semasa lawatan ke kedai-kedai dan pertubuhan komersial sepanjang tahun 2018. Demikian menurut satu laporan akhbar Makkah pada Sabtu (2 Feb).

Para pemeriksa melaksanakan serbuan-serbuan terhadap 39,500 kedai dan pertubuhan, di mana mereka menjumpai produk-produk yang melanggar peraturan, iaitu barangan yang sudah melepasi tarikh luput, hiasan dandanan palsu dan barangan palsu, antara kesalahan-kesalahan lain, lapor Saudi Gazette.

Menurut sumber-sumber kementerian, lawatan pemeriksaan itu menyasar untuk memastikan bahawa kedai-kedai dan pertubuhan itu komited terhadap peraturan-peraturan perlindungan pengguna.

Kegagalan mematuhi peraturan-peraturan tersebut adalah satu kesalahan, yang boleh mengakibatkan individu itu didenda SR1 juta (S$361,000), dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Cawangan kementerian di Makkah sudah merujukkan sebanyak 1,056 kes berkaitan dengan pelanggaran peraturan perlindungan pelanggan kepada mahkamah-mahkamah khas.

Kementerian tersebut meminta warga dan golongan ekspatriat untuk memaklumkan sebarang pelanggaran peraturan-peraturan yang disyaki menerusi nombor toll 1900 atau menerusi aplikasi elektronik atau di laman rasmi. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan