Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

15 ditahan terlibat skandal vaksin China

Pihak berkuasa China memberkas 15 individu, termasuk pengerusi syarikat pengeluar vaksin rabis atau penyakit anjing gila yang terbabit dalam skandal pemalsuan kawalan mutu produknya.

Anggaran Waktu Membaca:
15 ditahan terlibat skandal vaksin China

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Jul 2018 02:42PM Dikemas Kini : 25 Jul 2018 02:44PM

BEIJING: Pihak berkuasa China memberkas 15 individu, termasuk pengerusi syarikat pengeluar vaksin rabis atau penyakit anjing gila yang terbabit dalam skandal pemalsuan kawalan mutu produknya.

Berita membabitkan syarikat pengilang farmaseutikal, Changchun Changsheng Biotechnology yang didakwa memalsukan rekod dan diarah supaya menghentikan pengeluaran vaksin rabis, mencetuskan kebimbangan pengguna mengenai keselamatan produk perubatan keluaran negara itu.

Pihak berkuasa di timur laut bandar Changshun, iaitu lokasi operasi syarikat itu sudah menahan 15 orang, termasuk pengerusi syarikat kerana terbabit dalam kesalahan jenayah, kata jurucakap polis, semalam(24 Jul) .

Namun, pihak polis tidak mendedahkan nama pengerusi syarikat itu, tetapi beliau sebelum ini dikenal pasti sebagai Gao Junfang

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan China (CFDA) berkata minggu lalu vaksin rabis yang bermasalah tidak meninggalkan kilang Changsheng, tetapi syarikat itu mengakui ia telah menghantar vaksin yang bermutu rendah secara berasingan.

Vaksin itu untuk difteria, batuk kokol dan tetanus yang didapati gagal memenuhi piawai mutu. Syarikat itu bagaimanapun mendedahkan bahawa ia sudah menjual 250,000 dos ke wilayah Shandong tahun lalu.

Masalah itu membangkitkan kebimbangan yang mendalam terhadap ubat-ubatan yang dibuat di dalam negeri mendorong ibu bapa untuk berkongsi maklumat mengenai cara mendapatkan vaksin yang diimport.

Pihak berkuasa mengumumkan beberapa siri siasatan dan berikrar bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang bersalah.
 

Sumber : AFP/AQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan