Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

15 cedera selepas paip nitrogen pecah

Seramai 15 orang cedera apabila sebuah paip nitrogen pecah di sebuah kilang menghasilkan pesawat Beechcraft, di Wichita.

Anggaran Waktu Membaca:
15 cedera selepas paip nitrogen pecah

Bangunan kilang turut roboh akibat letupan paip nitrogen. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 28 Dec 2019 08:40PM Dikemas Kini : 28 Dec 2019 08:52PM

KANSAS: Seramai 15 orang cedera apabila sebuah paip nitrogen pecah di sebuah kilang menghasilkan pesawat Beechcraft, di Wichita.

Letupan menyebabkan sebahagian bangunan kilang runtuh.

Dalam kejadian sekitar 8.00 pagi waktu tempatan itu, 11 orang yang cedera dikejarkan ke hospital dengan empat lagi mangsa dirawat di tempat kejadian.

Tiada kematian dilaporkan.

Bagaimanapun kesan letupan itu boleh dirasakan empat kilometer dari tapak kejadian.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca letupan.

Paip yang pecah masih mengeluarkan nitrogen tetapi tidak menimbulkan risiko kesihatan kepada para penduduk berdekatan.

Sumber : Reuters/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan