Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

15,000 pelarian Rohingya jalani kuarantin; jumlah kes COVID-19 naik kepada 29

Sekitar 15,000 pelarian Rohingya kini dikenakan perintah kuarantin di kem-kem pelarian di Bangladesh.

Anggaran Waktu Membaca:
15,000 pelarian Rohingya jalani kuarantin; jumlah kes COVID-19 naik kepada 29

Kaum Rohingya di Cox's Bazar. (Gambar fail: REUTERS/Mohammad Ponir Hussain)

Diterbitkan : 26 May 2020 06:44PM Dikemas Kini : 26 May 2020 06:46PM

DHAKA: Sekitar 15,000 pelarian Rohingya kini dikenakan perintah kuarantin di kem-kem pelarian di Bangladesh.

Ini sedang jumlah jangkitan COVID-19 meningkat kepada 29 setakat semalam (25 Mei) dan para pegawai bimbang virus tersebut akan merebak ke kem-kem pelarian yang sesak.

Daerah Cox's Bazar telah dikenakan kepungan sepenuhnya sejak awal April.

Bagaimanapun, kes pertama COVID-19 mula dikesan di kem-kem yang padat dengan pelarian hanya pada pertengahan Mei.

Seluruh kawasan tersebut didiami 3.4 juta orang termasuk sekitar 600,000 pelarian Rohingya.

Para pegawai kesihatan kini menggiatkan ujian bagi virus korona itu secepat mungkin.

Para pekerja bantuan yang bekerja di kem-kem pelarian turut bimbang kerana kebanyakan mereka bertugas tanpa peralatan perlindungan yang mencukupi.

Sumber : AFP/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan