Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

15,000 bakal berdepan catuan air di Kota Tinggi

Kira-kira 15,000 penduduk di kawasan Felda Gugusan Lok Heng, Felda Waha dan Bukit Easter di Kota Tinggi bakal berdepan catuan air seawal hujung minggu ini, akibat paras air di Empangan Lok Heng yang kini berada bawah paras catuan.

Anggaran Waktu Membaca:
15,000 bakal berdepan catuan air di Kota Tinggi

Gambar fail air paip. (Gambar: Voishmel/AFP)

Diterbitkan : 13 Mar 2019 02:10PM Dikemas Kini : 13 Mar 2019 02:50PM

JOHOR BAHRU: Kira-kira 15,000 penduduk di kawasan Felda Gugusan Lok Heng, Felda Waha dan Bukit Easter di Kota Tinggi bakal berdepan catuan air seawal hujung minggu ini, akibat paras air di Empangan Lok Heng yang kini berada bawah paras catuan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse, berkata paras air empangan itu mencatatkan bacaan 1.43 meter berbanding paras catuan pada 1.5 meter manakala paras normal adalah 2.75 meter.

"Kita tidak boleh elak dan terpaksa lakukan catuan dan saya harap penduduk faham kerana faktor cuaca yang amat luar biasa," katanya kepada para wartawan selepas melakukan lawatan ke Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Iskandar dan Empangan Layang di Pasir Gudang hari ini (13 Mac).

Mengulas lanjut, Encik Puah berkata notis catuan akan dikeluarkan oleh SAJ Ranhill dalam masa terdekat.

Menurut beliau, catuan air juga akan dilakukan di kawasan Sungai Gembut dan Sedili yang melibatkan sekitar 25,000 penduduk, berikutan paras air di Sungai Gembut yang kini merosot ke paras 0.9 meter berbanding paras normal 0.70 meter.

"Dijangkakan paras muka sauk itu hanya mampu bertahan lima hari sahaja," katanya sambil menasihati orang ramai agar berhemat serta tidak membazir dalam penggunaan air.

Sementara itu, Encik Puah berkata LRA Sultan Iskandar yang merupakan loji terbesar di negeri itu dan membekalkan air kepada kira-kira 600,000 penduduk di Pasir Gudang, Johor Jaya, Seri Alam, Permas Jaya hanya mampu bertahan selama 69 hari. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan