Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

144 rakyat M'sia terkandas di selatan Thailand dibenarkan pulang

Seramai 144 warga Malaysia yang terkandas di selatan Thailand dibawa pulang ke tanah air pada Khamis (26 Mac), kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid.

Anggaran Waktu Membaca:
144 rakyat M'sia terkandas di selatan Thailand dibenarkan pulang

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 27 Mar 2020 09:07AM Dikemas Kini : 27 Mar 2020 09:13AM

SONGKHLA: Seramai 144 warga Malaysia yang terkandas di selatan Thailand dibawa pulang ke tanah air pada Khamis (26 Mac), kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid.

Beliau berkata dengan kerjasama Gabenor di Wilayah Songkhla dan Narathiwat, kesemua rakyat Malaysia diberi kebenaran untuk keluar dari Thailand.

Beliau berkata mereka yang terkandas termasuk pelajar di sekolah pondok, pelancong dan juga mereka yang sedang melawat ahli keluarga di selatan Thailand.

“Seramai 144 rakyat Malaysia telah keluar mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Bagi kumpulan yang melalui Sungai Golok-Rantau Panjang, pihak Governor Narathiwat telah menetapkan masa dari 7 pagi sehingga 5 petang (waktu tempatan) hari ini. Bagi kumpulan yang melalui Sadao-Bukit Kayu Hitam, pihak Gabenor Songkhla telah menetapkan 3 hingga 5 petang hari ini bagi rakyat Malaysia keluar sempadan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Encik Muhammad Ridzuan turut melahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa tempatan yang membantu membawa keluar rakyat Malaysia.

Mulai 23 Mac, kerajaan Thailand telah menutup semua sembilan pintu sempadan dengan Malaysia sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Semua sembilan pintu sempadan melalui darat atau air Thailand-Malaysia ditutup, dan penutupan sempadan ini turut dilaksanakan di semua pintu sempadan Thailand, dengan negara jiran lain seperti Laos, Kemboja dan Myanmar.

Sepanjang pelaksanaan penutupan sementara ini, semua warga Thailand dan warga asing tidak dibenarkan untuk keluar atau masuk ke Thailand, melalui semua pintu sempadan darat atau air.

Dalam pada itu, bagi pergerakan barang-barang hanya satu pintu sempadan darat atau air di setiap wilayah bersempadan dengan Malaysia dibuka.

Sumber : Bernama/AY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan