Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

14 tahun jadi hamba seks bapa angkat

Perbuatan terkutuk seorang bapa yang menjadikan anak angkatnya sebagai hamba seks selama 14 tahun akhirnya terbongkar apabila mangsa nekad membuat aduan polis minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
14 tahun jadi hamba seks bapa angkat

(Gambar hiasan: Merdeka.com)

Diterbitkan : 05 Aug 2019 09:09AM Dikemas Kini : 05 Aug 2019 09:11AM

LAHAD DATU: Perbuatan terkutuk seorang bapa yang menjadikan anak angkatnya sebagai hamba seks selama 14 tahun akhirnya terbongkar apabila mangsa nekad membuat aduan polis minggu lalu.

Wanita berusia 27 tahun itu mendakwa menjadi mangsa rogol bapa angkatnya selepas tinggal bersama dua adiknya dengan lelaki itu sejak tahun 2004 di tiga kawasan setinggan berasingan, selepas kedua ibu bapanya bercerai.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, mangsa mendakwa dirogol oleh suspek dalam lingkungan usia 50 tahun itu ketika mangsa berumur 12 tahun dengan kejadian terakhir pada Disember tahun lalu.

Beliau berkata mangsa tidak melaporkan kejadian lebih awal kerana takut selepas suspek mengugut akan membunuhnya sekeluarga.

"Namun kerana tidak tahan dengan sikap suspek, mangsa membuat aduan polis pada 28 Julai dan terus dirujuk ke Hospital Lahad Datu. Doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa,” tambah ACP Nasri Mansor.

Beliau berkata polis kini sedang giat menjalankan operasi memburu suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya membantu polis sehingga suspek dapat ditangkap. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan