Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

14.8 juta pil Syabu bagi pasaran M'sia dirampas

Pihak berkuasa Thailand mengesahkan bahawa Malaysia adalah destinasi yang dirancang bagi 14.8 juta pil "Yaba" (Syabu) bernilai 1.48 bilion baht (S$60 juta), yang dirampas dari sebuah treler di Ayutthaya, di bahagian tengah Thailand pada 18 Ogos.

Anggaran Waktu Membaca:
14.8 juta pil Syabu bagi pasaran M'sia dirampas

14.8 juta pil 'Yaba' yang dirampas. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 22 Aug 2018 11:08PM Dikemas Kini : 22 Aug 2018 11:13PM

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand mengesahkan bahawa Malaysia adalah destinasi yang dirancang bagi 14.8 juta pil "Yaba" (Syabu) bernilai 1.48 bilion baht (S$60 juta), yang dirampas dari sebuah treler di Ayutthaya, di bahagian tengah Thailand pada 18 Ogos.

Dari Malaysia, di mana sindiket itu menggunakannya sebagai negara transit, dadah tersebut akan diseludup ke destinasi lain.

"Hasil siasatan kami mendapati bahawa dadah itu sepatutnya dibawa ke selatan Thailand dan kemudian diseludup ke Malaysia dan ke negara lain," kata ketua Biro Anti Narkotik Thailand (NSB), Leftenan Jeneral Sommai Kongvisaisuk semasa sidang media pada Rabu (22 Ogos).

Selain treler yang sarat dengan dadah, para pegawai NSB juga menahan tiga lelaki yang semasa soal siasat memberi maklumat yang amat diperlukan mengenai sindiket tersebut susulan rampasan dadah itu dan destinasi yang dirancang selepas Ayutthaya.

Dalam operasi yang diselaraskan, pihak berkuasa Thailand mengarahkan treler tersebut berhenti ketika dalam perjalanan ke sebuah gudang di Bang Pra-in, Ayutthaya, untuk memunggah turun dadah itu dan menahan ketiga-tiga suspek.

Menurut Leftenan Sommai, sindiket itu mendapat bekalan dadah secara langsung dari kumpulan-kumpulan dalam wilayah yang dikuasai militan etnik WA di Myanmar untuk diedarkan ke pasaran yang lebih luas dengan menggunakan antara lain Thailand dan Malaysia sebagai negara transit.

"Sindiket tersebut adalah salah satu daripada sindiket dadah rentas sempadan di Thailand," kata beliau sambil menambah ini merupakan rampasan terbesar pil "Yaba" oleh NSB sepanjang tahun ini.

Sementara itu, ketua bahagian interdiksi NSB, Mejar Jeneral Dussadee Choosankjit memaklumkan bahawa salah seorang daripada tiga lelaki yang ditahan dalam operasi telah dikenal pasti sebagai anak lelaki kepada dalang sindiket itu yang kini masih bebas.

Menurut beliau, sindiket berkenaan menggunakan modus operandi yang kompleks untuk mengelakkan daripada dikesan oleh pihak berkuasa.

Semasa sidang media itu, Ketua Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB), Sirinya Sitdichai berkata bahawa dari Oktober tahun lalu hingga 20 Ogos ini, pihak berkuasa sudah merampas 299 juta pil 'Yaba' berbanding 214 juta pil pada tempoh yang sama.

Sepanjang tempoh yang sama, NSB merampas 48.82 juta pil 'Yaba', 5.31 tan Ice, 626 kilogram heroin, 100.92 kilogram kokain dan 9.37 tan ganja, bernilai kira-kira 10.17 bilion Baht (S$430 juta). 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan