Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

132 pelajar tahfiz hadir perhimpunan tabligh dikuarantin

Seramai 132 pelajar Tahfiz Madrasah Miftahul Ulum yang menghadiri perhimpunan ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling akhir bulan lalu dipindahkan ke Institut Sosial Malaysia (ISM) untuk menjalani proses kuarantin, pada Isnin (23 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
132 pelajar tahfiz hadir perhimpunan tabligh dikuarantin

(Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat)

Diterbitkan : 24 Mar 2020 01:50PM Dikemas Kini : 24 Mar 2020 01:57PM

KUALA LUMPUR: Seramai 132 pelajar Tahfiz Madrasah Miftahul Ulum yang menghadiri perhimpunan ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling akhir bulan lalu dipindahkan ke Institut Sosial Malaysia (ISM) untuk menjalani proses kuarantin, pada Isnin (23 Mac).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, berkata operasi tersebut bermula pada jam 1.16 tengah hari, disertai 41 anggota dan pegawai Pasukan Hazmat, menurut Astro Awani.

"Bomba dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Radicare untuk menjalankan operasi pembasmian kuman terhadap semua pelajar terbabit.

"Empat buah bas disediakan untuk membawa pelajar tahfiz yang berusia 15 hingga 30 tahun itu dan mereka tiba di ISM pada 2.36 petang.

"Operasi pemindahan semua pelajar tahfiz itu telah selesai dan kerja pembasmian kuman terhadap keempat-empat bas dijalankan oleh ISM," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, jurucakap itu berkata, kebajikan pelajar-pelajar tahfiz yang ditempatkan di pusat kuarantin itu akan diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Astro AWANI difahamkan kesemua pelajar tahfiz itu akan menjalani proses kuarantin selama 14 hari seperti ditetapkan oleh KKM dan dikategorikan sebagai pesakit dalam siasatan (PUI).

Pada Ahad, Kementerian Wilayah Persekutuan mengumumkan sebanyak 11 pusat kuarantin di Wilayah Persekutuan termasuk Labuan akan mula beroperasi pada Isnin.

Sebahagiannya akan menempatkan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan ijtimak di Masjid Sri Petaling, lapor Astro Awani.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan