Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

131 cerun runtuh dalam bencana alam Pulau Pinang

Sebanyak 131 kejadian cerun runtuh berlaku di Pulau Pinang berikutan angin kencang dan banjir yang melanda pada 15 September dan 4 November lepas, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu semalam (13 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
131 cerun runtuh dalam bencana alam Pulau Pinang

(Gambar: BERNAMA).

Diterbitkan : 14 Nov 2017 08:29AM Dikemas Kini : 14 Nov 2017 08:32AM

GEORGE TOWN: Sebanyak 131 kejadian cerun runtuh berlaku di Pulau Pinang berikutan angin kencang dan banjir yang melanda pada 15 September dan 4 November lepas, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu semalam (13 Nov).

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri Lim Hock Seng berkata daripada jumlah itu, sebanyak 46 kejadian cerun runtuh berlaku dalam kejadian bencana alam pada 15 September lepas manakala 85 kejadian cerun runtuh berlaku pada 4 November di sepanjang jalan Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Jalan-jalan yang terjejas adalah Jalan Persekutuan Paya Terubong, Jalan Tanjung Tokong-Batu Ferringhi-Teluk Bahang-Balik Pulau, Jalan Tun Sardon dan Jalan Jeep, Bukit Bendera," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 di persidangan DUN Pulau Pinang.

Beliau menambah, lalu lintas di Jalan Tun Sardon masih ditutup untuk kerja-kerja pembersihan tanah dan pembaikan yang masih dijalankan. Jalan berkenaan akan dibuka kepada laluan trafik pada pukul 5.00 petang hari ini (14 Nov), manakala Jalan Paya Terubong sudah dibuka semula pada 7 November lepas.

"Di samping itu, Jalan Jeep di Bukit Bendera yang ditutup sejak 5 Nov juga kini boleh dilalui sejak 10 November. Walau bagaimanapun, kerja-kerja pembersihan masih berjalan di tapak," katanya.

LANGKAH-LANGKAH PASCA BANJIR

Menyetuh tentang perkembangan pasca banjir, Encik Lim berkata pihaknya masih memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan di Seberang Perai Utara memandangkan limpahan air sungai dari Sungai Jarak dan Sungai Kulim merupakan salah satu punca air bah membanjiri kawasan berhampiran.

Beliau menambah, JKR memberi keutamaan untuk mengawal trafik dengan meletakkan papan tanda selain menjalankan kerja-kerja pembersihan runtuhan, pokok tumbang dan pembaikan kecil.

Encik Lim juga berkata: "Berita gembira buat negeri Pulau Pinang apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kelulusan peruntukan Bajet 2018 untuk pembesaran LTAPP. Terima kasih diucapkan atas keprihatinan Kerajaan Persekutuan." 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan