Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

13 terkorban ekoran bot tenggelam di Korea Selatan

Seramai 13 orang terkorban dan dua lagi masih hilang selepas sebuah bot penangkap ikan karam menyusuli pertembungan dengan sebuah kapal tangki minyak berdekatan Korea Selatan pagi tagi (3 Dis), menurut pengawal pantai negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Dec 2017 02:43PM Dikemas Kini : 03 Dec 2017 09:28PM

SEOUL: Seramai 13 orang terkorban dan dua lagi masih hilang selepas sebuah bot penangkap ikan karam menyusuli pertembungan dengan sebuah kapal tangki minyak berdekatan Korea Selatan pagi tagi (3 Dis), menurut pengawal pantai negara itu.

Bot penangkap ikan Seonchang-1 itu sedang membawa 20 penumpang bagi sebuah lawatan menangkap ikan bersama dua anak kapal apabila ia bertembung dengan sebuah kapal tangki minyak sekitar 6.00 pagi di kawasan perairan berdekatan bandar pelabuhan Incheon.

13 orang ditemui maut ataupun meninggal dunia selepas dihantar ke hospital. Tujuh lagi dirawat di hospital sementara dua lagi, termasuk kapten kapal, masih lagi hilang, menurut pengawal pantai.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan di kalangan mereka dalam kapal tangki minyak itu.

Rakaman televisyen menunjukkan bot menangkap ikan itu karam di perairan yang bergelombang sedang para penyelam membuat pencarian di bahagian yang masih belum karam.

Semua penumpang menggunakan jaket penyelamat tetapi ramai yang mengalami hiportemia, menurut laporan agensi berita Seoul, Yonhap.

Kemalangan tersebut merupakan yang paling dahsyat sejak September 2015 selepas sebuah bot pelancongan memancing, karam berdekatan pulau peranginan Jeju.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan