Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

13 maut setelah van penumpang rempuh bas dalam kabus di Pakistan

Sebuah van yag sedang memecut dan membawa para penumpang merempuh sebuah bas dalam cuaca kabus di timur Pakistan pada Isnin (30 Nov), membunuh 13 orang dan mencederakan 17 yang lain, kata seorang pegawai pemerintah dan para penyelamat.

Anggaran Waktu Membaca:
13 maut setelah van penumpang rempuh bas dalam kabus di Pakistan

Google Street View sebuah pekan di Narang Mandi, wilayah Punjab, Pakistan.

Diterbitkan : 01 Dec 2020 02:01PM Dikemas Kini : 01 Dec 2020 02:08PM

LAHORE: Sebuah van yag sedang memecut dan membawa para penumpang merempuh sebuah bas dalam cuaca kabus di timur Pakistan pada Isnin (30 Nov), membunuh 13 orang dan mencederakan 17 yang lain, kata seorang pegawai pemerintah dan para penyelamat.

Kemalangan itu berlaku di bandar Narang Mandi, wilayah timur Punjab, kata pegawai pemerintah Mohammad Asghar Joya. Beliau berkata van tersebut terbakar sejurus selepas nahas itu dengan para penumpang di dalamnya terperangkap.

Para penyelamat berkata bas itu juga rosak teruk. Pihak berkuasa membawa para mangsa ke pelbagai hospital berdekatan. Beberapa orang yang cedera disenaraikan sebagai dalam keadaan tenat.

Kemalangan jalan raya yang menyebabkan korban nyawa biasa berlaku di Pakistan kerana prasarana jalan yang teruk dan pengguna jalan raya yang mengingkari undang-undang lalu lintas.

Sumber : AP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan