Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

13 diberkas berhubung letupan Sri Lanka; 228 terkorban sejauh ini

Polis Sri Lanka pada Ahad (22 Apr) menyatakan 13 orang ditahan menyusuli beberapa siri letupan yang meragut 228 nyawa di seluruh negara pulau itu, lapor agensi berita China Xinhua yang memetik laporan media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
13 diberkas berhubung letupan Sri Lanka; 228 terkorban sejauh ini

Kasut seorang mangsa letupan di Sri Lanka (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 22 Apr 2019 11:08AM Dikemas Kini : 22 Apr 2019 11:11AM

COLOMBO: Polis Sri Lanka pada Ahad (22 Apr) menyatakan 13 orang ditahan menyusuli beberapa siri letupan yang meragut 228 nyawa di seluruh negara pulau itu, lapor agensi berita China Xinhua yang memetik laporan media tempatan.

Media tempatan melaporkan bahawa kesemua suspek ditahan di ibu kota Colombo dan 10 daripada mereka sudah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah.

Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe memberitahu para wartawan bahawa kesemua yang ditahan adalah warga Sri Lanka dan operasi pencarian sedang dijalankan untuk memburu lebih ramai suspek.

Beliau berkata sejumlah 228 orang maut manakala 450 lagi cedera dalam lapan insiden letupan pada Ahad.

Presiden Maithripala Sirisena melantik sebuah suruhanjaya khas untuk menyiasat serangan itu.

Letupan terbabit dilaporkan berlaku di seluruh Sri Lanka pada Ahad semasa beratus-ratus penganut berhimpun di gereja untuk memperingati Hari Easter, menurut pihak polis.

Jurucakap polis SP Ruwan Gunasekara berkata satu letupan berlaku di Gereja St Anthony di Kochchikade, manakala letupan kedua di Gereja St Sebastian di Negombo dan kedua-duanya terletak di pinggir ibu kota negara itu.

Letupan ketiga menggegarkan Gereja Zion di timur bandar Batticaloa.

Beberapa letupan turut menggegarkan tiga hotel lima bintang di Colombo, manakala pada petang Ahad, satu letupan dilaporkan berlaku di sebuah hotel yang terletak bertentangan dengan sebuah taman haiwan di Dehiwala, manakala satu lagi di sebuah kompleks perumahan di Dematagoda, kedua-duanya di ibu kota Sri Lanka.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan