Images
  • LPG
    Trak yang meletup sedang memindahkan 2,000 liter LPG ke dalam tangki simpanan apabila nahas berlaku. (Gambar petikan skrin YouTube)

13 cedera selepas trak tangki gas meletup di Kemboja

PHNOM PENH: Sekurang-kurangnya 13 orang cedera apabila sebuah trak yang membawa tangki gas meletup di wilayah Siem Reap di bahagian timur laut Kemboja hari ini (15 Ogos), lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Timbalan Ketua Polis Wilayah Brigadier Jeneral Phing Sambath berkata insiden itu berlaku di stesen gas petroleum (LPG) di Wat Bo di wilayah Siem Reap.

Insiden itu berlaku ketika trak yang membawa 2,000 liter LPG sedang memindahkan gas berkenaan ke dalam tangki simpanan stesen tersebut.

Seorang pegawai polis adalah antara mangsa yang cedera.

Punca letupan masih disiasat, kata Encik Sambath.

- BERNAMA/AI/ai

Top