12 penumpang dalam bas dari S'pura menghala Ipoh cedera dalam kemalangan di lebuhraya
14 orang termasuk 12 penumpang sebuah bas ekspres dua tingkat cedera dalam kemalangan di KM294.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara sebelum Pusat Transformasi Bandar Gopeng pagi tadi (6 Dis).
IPOH: 14 orang termasuk 12 penumpang sebuah bas ekspres dua tingkat cedera dalam kemalangan di KM294.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara sebelum Pusat Transformasi Bandar Gopeng pagi tadi (6 Dis).
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, S.Ganeson berkata kemalangan terjadi pada sekitar 5.30 pagi. Ia melibatkan bas ekpres berkenaan dengan sebuah lori kontena dan lori membawa muatan kertas.
Beliau berkata pihaknya difahamkan bas ekspres yang membawa 12 penumpang sedang dalam perjalanan dari Singapura ke Ipoh.
"Kami menerima panggilan mengenai kemalangan itu kira-kira pukul 5.41 pagi sebelum 12 anggota masing-masing enam dari Balai Simpang Pulai dan Gopeng dikejarkan ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat," katanya ketika dihubungi.
Sebaik tiba di lokasi, Encik Ganeson berkata pihaknya mendapati 12 penumpang bas ekspres terbabit serta pemandunya mengalami kecederaan.
"Pemandu lori kontena juga cedera akibat tersepit, manakala pemandu lori selamat," katanya.
Semua yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan dan operasi menyelamat tamat kira-kira pukul 7.21 pagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.