Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

12 pekerja kilang kimia Pasir Gudang melecur akibat kebakaran

 Dua belas pekerja sebuah kilang kimia di Jalan Nibong 1, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, dekat Pasir Gudang, melecur dalam kejadian kebakaran di kilang berkenaan pada Ahad (8 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
12 pekerja kilang kimia Pasir Gudang melecur akibat kebakaran

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 09 Dec 2019 07:48AM Dikemas Kini : 09 Dec 2019 07:54AM

JOHOR BAHRU: Dua belas pekerja sebuah kilang kimia di Jalan Nibong 1, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, dekat Pasir Gudang, melecur dalam kejadian kebakaran di kilang berkenaan pada Ahad (8 Dis).

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata kebakaran yang berlaku antara pukul 9.21 pagi dan 9.27 pagi itu, bagaimanapun, berjaya dipadam sepenuhnya oleh Unit Kebakaran Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd.

"Kejadian menyebabkan 12 pekerja melecur pada bahagian badan.

"Dua daripadanya menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di sini, manakala empat lagi di Hospital Penawar, Pasir Gudang. Enam yang lain hanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Penawar, Pasir Gudang," katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Supt Ismail berkata punca kebakaran tersebut masih dalam siasatan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Encik Yahya Madis mengesahkan tindakan pemadaman kebakaran itu dilakukan pihak Pasukan Respons Kecemasan (ERT) kilang tanpa menghubungi bomba.

"Yang terbakar adalah tong solvent di luar kilang dan tidak melibatkan struktur kilang," katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan