Images
  • india boat
    Bot membawa sekitar 25 penumpang terbalik di tengah-tengah upacara keagamaan di India. (Gambar: Gagan Nayar/AFP)

12 orang lemas semasa upacara kegamaan di India

NEW DELHI: Seramai 12 orang mati lemas apabila bot yang mereka naiki terbalik semasa satu upacara keagamaan, menurut pihak-pihak berkuasa.

Polis menyatakan lima orang berjaya diselamatkan dari tasik Bhopal, tengah India.

Bot tersebut, yang membawa antara 20 hingga 25 penumpang, dilaporkan miring ke tepi lalu terbalik ketika para penganut Hindu sedang hendak menurunkan salah satu patung berhala ke dalam tasik tersebut.

"12 orang sudahpun ditemui setakat ini dan pencarian masih diteruskan bagi seorang lagi penumpang," menurut kenyataan Pasukan Respons Bencana Negara (NRDF).

Bot-bot di India sering membawa terlalu ramai orang, menyebabkan kemalangan kerap kali berlaku. 

- AFP/NF/fz

Top