Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

12 maut dalam serangan bas di Iraq

Seramai 12 orang awam maut dalam satu letupan bom ke atas sebuah bas di utara bandar puak Syiah, Karbala, kata para pegawai perubatan.

Anggaran Waktu Membaca:
12 maut dalam serangan bas di Iraq

12 orang awam terbunuh dalam serangan bom ke atas sebuah bas di utara bandar suci puak Syiah Iraq, Karbala. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 21 Sep 2019 09:30AM Dikemas Kini : 21 Sep 2019 09:31AM

KARBALA, IRAQ: Seramai 12 orang awam maut dalam satu letupan bom ke atas sebuah bas di utara bandar puak Syiah, Karbala, kata para pegawai perubatan.

“Dua belas orang disahkan mati dan lima lagi cedera dalam letupan sebuah bas di pusat pemeriksaan utama di pintu masuk utara Karbala,” menurut pihak berkuasa kesihatan sambil menambah bahawa para mangsa termasuk wanita dan kanak-kanak.

Pasukan keselamatan segera dikerahkan ke tempat kejadian, di mana tiada pihak mengaku bertanggungjawab setakat ini.

Serangan di Karbala jarang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini namun cabang ISIS yang berjaya ditumpaskan Iraq pada akhir 2017 masih melancarkan serangan di bahagian lain negara tersebut.

Pada 10 September, lebih 30 jemaah maut manakala puluhan lagi cedera akibat rempuhan di makam utama Karbala ketika ribuan pengikut Syiah berarak ke bandar berkenaan bagi menyambut Hari Asyura.

Iraq menjangkakan lebih sejuta jemaah akan tiba pada hujung Oktober bagi menyambut perayaan tahunan Arbain yang menandakan tamatnya tempoh berkabung selama 40 hari sempena pembunuhan Imam Hussein oleh pasukan Khalifah Yazid pada abad ketujuh.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan