Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

12 maut akibat jangkitan rabies

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak melaporkan 13 kes jangkitan rabies atau penyakit anjing gila disahkan di Sarawak, dengan 12 daripada mangsa meninggal dunia akibat wabak itu.

Anggaran Waktu Membaca:
12 maut akibat jangkitan rabies

5,557 kes gigitan haiwan berisiko tinggi terhadap manusia sudahpun menerima suntikan anti rabies. (Gambar fail: Pichi Chuang/Reuters)

Diterbitkan : 13 Nov 2018 10:40AM Dikemas Kini : 13 Nov 2018 10:51AM

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak melaporkan 13 kes jangkitan rabies atau penyakit anjing gila disahkan di Sarawak, dengan 12 daripada mangsa meninggal dunia akibat wabak itu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dr Sim Kui Hian, berkata usaha memerangi wabak rabies melibatkan kerjasama pelbagai agensi yang diketuai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan pihak berkuasa tempatan.

Beliau berkata tugas utama pihak berkuasa tempatan adalah untuk menangkap anjing-anjing liar yang berkeliaran, mewujudkan kesedaran masyarakat mengenai rabies dan mengawal jumlah anjing yang dibela melalui pelesenan.

Menurut Dr Sim, sejumlah 20,127 kes gigitan haiwan dari kawasan wabak dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sejak 1 April 2017. Daripada jumlah itu, 5,557 kes gigitan berisiko tinggi terhadap manusia sudahpun menerima suntikan anti rabies.

"Sarawak hanya boleh diisytiharkan bebas daripada wabak rabies ini jika tiada laporan baru kes jangkitan rabies haiwan dan manusia untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun.

"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyasarkan rabies akan dapat dihapuskan di seluruh dunia menjelang tahun 2030," katanya.

Dr Sim berkata, beliau bersetuju dengan ADUN Bukit Assek bahawa menghapuskan anjing-anjing liar dari jalan adalah penting, namun keperluan membasmi rabies itu memerlukan pelbagai strategi.

Beliau berkata sejak wabak itu berlaku, kira-kira 11,000 anjing liar sudah dihapuskan oleh 26 pihak berkuasa tempatan di Sarawak.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan