Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

12 maut akibat banjir, tanah runtuh di Vietnam

Kejadian banjir dan tanah runtuh di wilayah-wilayah pergunungan di utara Vietnam sudah meragut nyawa sekurang-kurangnya 15 orang manakala 11 lagi masih hilang.

Anggaran Waktu Membaca:
12 maut akibat banjir, tanah runtuh di Vietnam

(Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 26 Jun 2018 06:04PM Dikemas Kini : 26 Jun 2018 06:07PM

HANOI: Kejadian banjir dan tanah runtuh di wilayah-wilayah pergunungan di utara Vietnam sudah meragut nyawa sekurang-kurangnya 15 orang manakala 11 lagi masih hilang.

Banjir besar berkenaan akibat hujan lebat yang berterusan sejak minggu lalu.

Kebanyakan mangsanya yang mati kerana lemas atau ditimbus tanah runtuh.

Pihak berkuasa menyatakan angka korban mungkin bertambah memandangkan hujan diramalkan berterusan selama beberapa hari akan datang.

Banyak kawasan yang terjejas masih belum boleh dilalui kenderaan.

Kerosakan harta benda serta pertanian akibat banjir tersebut dianggarkan berjumlah lebih AS$6 juta (S$8 juta).
 

Sumber : Agensi berita/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan