Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

12 maut, 21 hilang akibat tanah runtuh di Nepal

Kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat melanda dua kampung di Nepal pada Ahad (13 Sep), membunuh sekurang-kurangnya 12 orang, kata seorang pegawai pemerintah.

Anggaran Waktu Membaca:
12 maut, 21 hilang akibat tanah runtuh di Nepal

Penduduk dan kakitangan penyelamat mencari mayat susuli kejadian tanah runtuh di Nepal pada 13 Sep 2020. (Gambar: NIROJ CHAOULAGAIN/AFP)

Diterbitkan : 13 Sep 2020 10:20PM Dikemas Kini : 13 Sep 2020 10:26PM

KATHMANDU: Kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat melanda dua kampung di Nepal pada Ahad (13 Sep), membunuh sekurang-kurangnya 12 orang, kata seorang pegawai pemerintah.

Seramai 10 orang terbunuh dan lagi 21 hilang setelah kejadian tanah runtuh yang besar menghanyutkan rumah dan penduduk di Barahbise, 100 kilometer timur Kathmandu berhampiran sempadan dengan wilayah Tibet China, kata pegawai pemerintah Nepal, Murari Wasti.

Dua yang lain maut dalam kejadian tanah runtuh di Baglung di barat laut negara itu.

Kedua-dua kejadian tanah runtuh berlaku sebelum subuh menyebabkan penduduk tidak sempat melarikan diri ke tempat selamat, kata para penyelamat.

"Penyelamat masih mencari mereka yang hilang," kata Wasti kepada Reuters.

Kematian terbaru itu menjadikan angka korban akibat tanah runtuh dan banjir kilat pada musim tengkujuh Jun hingga September kepada 314 orang. Sekurang-kurangnya 111 orang masih hilang dan 160 lagi cedera, kata Wasti.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan