Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

12 cedera, kereta rempuh kedai Hijab House di Sydney

Sebuah kereta terbabas masuk ke dalam sebuah kedai dipanggil Hijab House di barat Sydney pada Khamis (21 Mei), mencederakan 12 orang termasuk pemandu kenderaan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
12 cedera, kereta rempuh kedai Hijab House di Sydney

Petikan dari video rakaman Hijab House.

Diterbitkan : 21 May 2020 08:41PM Dikemas Kini : 21 May 2020 08:45PM

MELBOURNE: Sebuah kereta terbabas masuk ke dalam sebuah kedai dipanggil Hijab House di barat Sydney pada Khamis (21 Mei), mencederakan 12 orang termasuk pemandu kenderaan itu.

Bagaimanapun, seorang jurucakap polis negeri New South Wales berkata tiada petanda kejadian itu ada kaitan dengan tindakan pengganasan.

Kereta SUV jenis Subaru itu melanggar sebuah lagi kereta yang berhenti di lampu trafik di Bankstown pada kira-kira pukul 3.15 petang waktu tempatan Australia, sebelum ia terbabas masuk ke dalam sebuah kedai berhampiran, menurut polis dalam satu kenyataan.

"Pemandu lelaki itu dan 11 pejalan kaki cedera. Mereka kini dirawat di tempat kejadian. Namun, kecederaan yang mereka alami dipercayai tidak mengancam nyawa," tambah polis dalam kenyataan itu.

Polis Bankstown berada di tempat kejadian dan sedang menjalankan siasatan.

Seorang jurucakap polis memberitahu Reuters bahawa "tiada petanda ia satu tindakan pengganasan pada peringkat ini."

Kedai tersebut, Hijab House, menyatakan di Facebook bahawa kereta itu "merempuh kedai kami di Greenacre".

"Setakat ini tidak ada korban jiwa. Sejumlah pelanggan dan kakitangan kami mengalami kecederaan.

"Seluruh masyarakat terkejut akan kejadian ini dan pihak pengurusan (Hijab House) sedang berusaha untuk memahami kesan tragedi ini," katanya dalam satu catatan yang mengiringi rakaman video setelah rempuhan itu berlaku.

"Ketika ini, motifnya tidak diketahui. Yang penting, tiada kehilangan nyawa yang berlaku," tambahnya lagi. 

Sumber : CNA/Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan