Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

12 cedera dalam nahas trem di Paris

12 orang cedera dalam kemalangan di barat daya pinggir bandar Paris apabila dua kereta api berlanggar. Salah seorang daripada mereka cedera parah.

Anggaran Waktu Membaca:
12 cedera dalam nahas trem di Paris

Beberapa penumpang cedera dalam nahas trem di Paris. (Gambar: Philippe Dupeyrat/AFP)

Diterbitkan : 12 Feb 2019 02:21PM Dikemas Kini : 12 Feb 2019 02:24PM

NANTERRE: 12 orang cedera dalam kemalangan di barat daya pinggir bandar Paris apabila dua kereta api berlanggar. Salah seorang daripada mereka cedera parah.

Kemalangan berlaku antara dua stesen di Issy-les-Moulineaux pada sekitar 9.00 malam (waktu tempatan). Punca kemalangan masih lagi belum diketahui, kata jurucakap pengendali pengangkutan Paris RATP kepada AFP.

"Dua kenderaan yang membawa penumpang bertembung. Kereta api di hadapan dalam keadan tidak bergerak manakala satu lagi merempuhnya dari belakang. Ini mengakibatkan trem pertama tergelincir," kata jurucakap tersebut.

Salah seorang mangsa berada dalam keadaan kritikal, manakala 11 orang cedera namun tidak serius, tambah jurucakap tersebut selepas operasi menyelamat selesai dijalankan.

Kemalangan seperti itu jarang berlaku di landasan trem di pinggir bandar itu, yang dibuka 20 tahun lalu.  

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan