Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

116 rakyat asing ditahan di Muar ingkar kawalan pergerakan buat persiapan solat Jumaat

Polis menahan 116 rakyat asing di sebuah kilang di Muar tengah hari Jumaat (27 Mac) kerana sedang membuat persiapan untuk menunaikan solat Jumaat, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan.

Anggaran Waktu Membaca:
116 rakyat asing ditahan di Muar ingkar kawalan pergerakan buat persiapan solat Jumaat

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 28 Mar 2020 11:18AM Dikemas Kini : 28 Mar 2020 11:20AM

JOHOR BAHRU: Polis menahan 116 rakyat asing di sebuah kilang di Muar tengah hari Jumaat (27 Mac) kerana sedang membuat persiapan untuk menunaikan solat Jumaat, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka yang ditahan terdiri daripada rakyat Pakistan, Bangladesh dan Indonesia.

“Mereka yang terlibat ini sedang membuat persiapan untuk menunaikan solat Jumaat di atas bumbung kilang berkenaan. Jadi, boleh lihat dalam keadaan sebegini pun, masih ada pihak yang mengambil kesempatan untuk melanggar syarat atau arahan yang diberikan,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata tindakan lanjut terhadap kesemua rakyat asing itu akan dilakukan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Imigresen 1959/63.

“Kami juga akan siasat majikan mereka. Kalau majikan pun mengetahui atau sedia maklum tetapi tidak memaklum dan mengambil langkah pencegahan, maka, kami akan ambil juga tindakan,” katanya.

Encik Ayob Khan berkata penangkapan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang ditahan akibat melanggar PKP di negeri ini, setakat Jumaat adalah 149 orang dan daripada jumlah itu, seramai 33 orang merupakan rakyat tempatan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan seramai tujuh lagi rakyat Malaysia yang menghadiri program Ijtimak Dunia 2020 Zon Asia di Sulawesi, Indonesia sudah pulang ke tanah air melalui Terminal Feri Stulang Laut pada 11.00 pagi semalam.

“Jemaah ini dipercayai ada kaitan dengan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling. Mereka telah diberi saringan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan kesemuanya negatif jangkitan COVID-19 tetapi mereka telah diletak dalam kuarantin di pusat kuarantin di sini (Johor Bahru) selama 14 hari,” katanya.

Kelmarin, polis memaklumkan, seramai 36 jemaah tabligh Malaysia yang menghadiri program sama sudah pulang ke Malaysia menerusi dua terminal feri antarabangsa di negeri itu.

Kesemua mereka pulang menerusi Terminal Feri Antarabangsa Stulang dan Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour di Iskandar Puteri.

Kementerian Kesihatan Malaysia menganggarkan kira-kira 80 hingga 100 rakyat Malaysia ke Sulawesi bagi menghadiri perhimpunan berkenaan.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan