Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

11 pelajar lemas, 10 terselamat ketika bersihkan sungai di Indonesia

Sebelas pelajar lemas dan 10 yang lain berhasil diselamatkan semasa satu lawatan sekolah ke sebatang sungai untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di wilayah Jawa Barat, Indonesia, menurut para pegawai pada Sabtu (16 Okt). 

Anggaran Waktu Membaca:
11 pelajar lemas, 10 terselamat ketika bersihkan sungai di Indonesia

Para penyelamat mencari mangsa yang lemas di sungai di CIamis, Barat Jawa, Indonesia, pada 15 Okt 2021. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 17 Oct 2021 03:49PM Dikemas Kini : 17 Oct 2021 03:50PM

JAKARTA: Sebelas pelajar lemas dan 10 yang lain berhasil diselamatkan semasa satu lawatan sekolah ke sebatang sungai untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di wilayah Jawa Barat, Indonesia, menurut para pegawai pada Sabtu (16 Okt).

Para pegawai tempatan berkata 150 pelajar daripada sebuah sekolah menengah Islam menyertai kerja-kerja pembersihan itu pada Jumaat di tebing sungai Cileueur apabila 21 daripada mereka tergelincir ke dalam sungai.

“Cuaca baik dan tiada banjir kilat," kata Deden Ridwansyah, ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Bandung.

"Budak-budak yang lemas itu saling berpegang tangan. Seorang daripada mereka tergelincir dan yang lain ikut sama," kata Encik Ridwansyah.

Para penduduk berdekatan dan sebuah pasukan penyelamat berhasil menyelamatkan 10 pelajar yang kemudian dibawa ke hospital berhampiran.

Menurut AFP, dua daripada pelajar itu dalam keadaan kritikal.

Para penyelamat menggunakan sebuah rakit besar berwarna jingga yang boleh mengembung untuk mencari para mangsa dan semua pelajar berjaya diselamatkan apabila usaha menyelamat berakhir pada sebelah malam hari Jumaat.

Para pelajar tidak memakai alat pengapung. Beberapa laporan menyatakan mereka cuba menyeberangi sungai itu, yang popular untuk berakit ketika mereka tergelincir.

Hujan menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat sering berlaku di Indonesia, di mana berjuta-juta penduduk tinggal di kawasan pergunungan atau berdekatan dataran banjir.  

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan