Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

11 maut setelah bangunan 3 tingkat roboh di India susuli hujan lebat

Sebuah bangunan usang setinggi tiga tingkat runtuh menyusuli hujan lebat di bandar Mumbai di barat India, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan lagi tujuh cedera, menurut polis pada Khamis (10 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
11 maut setelah bangunan 3 tingkat roboh di India susuli hujan lebat

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 10 Jun 2021 11:16AM Dikemas Kini : 10 Jun 2021 11:18AM

NEW DELHI: Sebuah bangunan usang setinggi tiga tingkat runtuh menyusuli hujan lebat di bandar Mumbai di barat India, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan lagi tujuh cedera, menurut polis pada Khamis (10 Jun).

Berpuluh-puluh anggota pasukan penyelamat meredah runtuhan itu untuk mencari mangsa yang mungkin masih terperangkap, kata pegawai polis Ravindra Kadam.

Menurut beliau, bangunan itu runtuh pada lewat Rabu (9 Jun).

Hujan lebat sepanjang hari mencetuskan banjir di beberapa kawasan bandar yang merupakan pusat kewangan dan hiburan India.

Saluran New Delhi Televisyen menyatakan bangunan itu runtuh lalu menimpa satu lagi struktur di kawasan setinggan di Barat Malad di Mumbai.

Para penduduk turut membantu pasukan bomba dan polis untuk menyelamatkan mangsa. Tujuh mangsa yang cedera dibawa ke sebuah hospital di kawasan pinggir bandar Kandivali.

Mumbai dilanda hujan lebat sebanyak 222 milimeter selama 12 jam. Ombak besar setinggi 4.6 meter pula menghalang air hujan daripada mengalir ke terusan menyebabkan jalan raya, landasan kereta api dan kawasan kejiranan dilanda banjir.

Kejadian bangunan runtuh sering berlaku di India pada musim tengkujuh antara bulan Jun hingga September, dengan hujan lebat melemahkan asas struktur bangunan yang tidak dibina dengan baik.

Sumber : AP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan