Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

11 maut nahas 'bot itik' di Missouri

Sekurang-kurangnya 11 orang, termasuk kanak-kanak mati apabila sebuah bot pelancongan karam di Tasik Table Rock.

Anggaran Waktu Membaca:
11 maut nahas 'bot itik' di Missouri

Pasukan penyelamat di tempat kejadian. (Gambar: Southern Stone County Fire Protection District/ Facebook/ Reuters)

Diterbitkan : 20 Jul 2018 06:12PM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 06:16PM

MISSOURI: Sekurang-kurangnya 11 orang, termasuk kanak-kanak mati apabila sebuah bot pelancongan karam di Tasik Table Rock.

Dalam kejadian yang berlaku malam semalam (19 Jul), 31 orang berada dalam 'bot itik' berkenaan. Tujuh lagi cedera manakala 13 yang lain masih hilang. Pasukan penyelam meneruskan operasi mencari hari ini (20 Jul).

Seorang penolong syerif yang berada di tempat kejadian segera cuba menyelamatkan para pelancong meski tidak bertugas.

Cuaca buruk dengan angin kencang dipercayai punca tragedi itu.

Tasik Table Rock adalah hasil buatan manusia yang terletak di selatan Missouri dekat sempadan Arkansas. Ia amat popular dalam kalangan pelancong.  

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan