Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

11 maut, lebih 100 cedera dalam kemalangan bas di Nepal

Sebuah bas yang sarat dengan penumpang terbabas daripada bukit di tengah Nepal, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang mati dan 108 lagi cedera, demikian menurut seorang pegawai hari ini (12 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
11 maut, lebih 100 cedera dalam kemalangan bas di Nepal

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Oct 2019 06:29PM Dikemas Kini : 12 Oct 2019 06:31PM

KATHMANDU: Sebuah bas yang sarat dengan penumpang terbabas daripada bukit di tengah Nepal, menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang mati dan 108 lagi cedera, demikian menurut seorang pegawai hari ini (12 Okt).

Bas itu dalam perjalanan daripada Sindhupalchowk ke Kathmandu dan membawa para penumpang yang baru sahaja meraikan perayaan Hindu iaitu Dashain.

Namun, bas itu tergelincir dan jatuh lebih 50 meter ketika melalui selekoh di bukit itu.

"Enam orang mati secara serta merta dan lima lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital atau semasa dirawat," kata pegawai daerah Goma Devi Chemjong.

Menurut Cik Chemjon, 108 orang cedera tetapi hanya 39 orang ditahan bagi rawatan.

"Kami masih menyiasat apa yang menyebabkan kemalangan itu," katanya.

Kemalangan sering berlaku di lebuh raya Nepal yang tidak diselenggara dengan baik. Jumlah kemalangan berlaku pula meningkat semasa musim perayaan apabila jalan raya lebih sibuk dan pengangkutan awam sarat dengan penumpang.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan