Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

11 maut di Itali akibat ribut kencang dan banjir

11 orang maut di Itali dan beribu-ribu penduduk terputus bekalan elektrik di selatan dan tengah Eropah akibat dilanda ribut kencang beserta banjir.

Anggaran Waktu Membaca:
11 maut di Itali akibat ribut kencang dan banjir

(Gambar: Massimo Pinca/Reuters)

Diterbitkan : 31 Oct 2018 07:15PM Dikemas Kini : 31 Oct 2018 07:21PM

EROPAH: 11 orang maut di Itali dan beribu-ribu penduduk terputus bekalan elektrik di selatan dan tengah Eropah akibat dilanda ribut kencang beserta banjir.

Kota Venice ditenggelami air bah selepas dilanda tiupan angin sekencang 180 kilometer sejam.

Jabatan Perlindungan Bencana Itali menyifatkan serangan ribut itu sebagai paling buruk dalam masa 60 tahun.

Ribut sekencang 150 kilometer sejam dan hujan lebat juga melanda pulau Corsica, Perancis.

Bot-bot terkandas dan lebih 20,000 penduduk terputus bekalan elektrik.

Pihak berkuasa menasihati para penduduk pulau Mediterranean ini supaya berdiam di rumah.

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan