Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

11 maut dalam kebakaran rumah tumpangan warga tua

11 orang mati, lapan lelaki dan tiga wanita, dalam kebakaran di sebuah rumah kebajikan warga tua di Sapporo, bandar utara Jepun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Feb 2018 06:27PM Dikemas Kini : 01 Feb 2018 10:46PM

SAPPORO: 11 orang mati, lapan lelaki dan tiga wanita, dalam kebakaran di sebuah rumah kebajikan warga tua di Sapporo, bandar utara Jepun.

Menurut laporan media tempatan 16 warga tua menginap di bangunan kayu tiga tingkat itu semasa kebakaran berlaku sekitar 11.40 minit malam semalam (31 Jan).

Mereka membayar sewa $330 sebulan.

Baki lima orang penghuninya, berusia antara 50an hingga 80an tahun, berjaya menyelamatkan diri dan mereka cedera ringan.

Rumah kebajikan ini dikendalikan sebuah pertubuhan Sapporo yang memberi makanan dan membantu mencarikan kerja para penerima bantuan awam.

Polis sedang menyiasat punca kebakaran ini.

Media Jepun pula menyatakan bangunan ini melanggar peraturan cegah kebakaran kerana tidak memasang alat pemercik air.

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan