Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

11 maut, 98 cedera setelah kereta api tergelincir daripada landasan di Mesir

11 orang terbunuh dan 98 cedera pada Ahad (18 Apr) dalam satu kemalangan kereta api di wilayah Qalioubia di bahagian utara Kaherah, menurut kementerian kesihatan Mesir dalam satu kenyataan.

Anggaran Waktu Membaca:
11 maut, 98 cedera setelah kereta api tergelincir daripada landasan di Mesir

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Apr 2021 08:34AM Dikemas Kini : 19 Apr 2021 08:41AM

KAHERAH: 11 orang terbunuh dan 98 cedera pada Ahad (18 Apr) dalam satu kemalangan kereta api di wilayah Qalioubia di bahagian utara Kaherah, menurut kementerian kesihatan Mesir dalam satu kenyataan.

Kereta api itu sedang dalam perjalanan dari Kaherah ke bandar Mansoura apabila empat gerabak tergelincir daripada landasan pada pukul 1.54 petang, kira-kira 40 kilometer dari utara Kaherah, menurut Kereta Api Nasional Mesir dalam satu kenyataan ringkas.

Punca kemalangan masih disiasat, tambahnya.

Lebih daripada 50 ambulans membawa para mangsa yang cedera ke tiga hospital di wilayah itu, menurut kementerian kesihatan.

Ia merupakan nahas kereta api terbaru di Mesir yang menyaksikan banyak kejadian serupa sejak kebelakangan ini. Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan hampir 200 cedera pada Mac lalu apabila dua kereta api bertembung dekat Tahta, kira-kira 440 kilometer dari selatan Kaherah.

Seramai 15 orang cedera pada bulan ini apabila dua gerabak kereta api tergelincir daripada landasan dekat bandar Minya al-Qamh, yang terletak kira-kira 70 kilometer dari utara Kaherah.

Menteri Pengangkutan Mesir Kamel El-Wazir yang merupakan seorang bekas jeneral tentera, berdepan gesaan untuk meletak jawatan dari beberapa penduduk Mesir di media sosial. Bagaimanapun beliau menolak desakan-desakan itu dan berikrar untuk terus membaiki laluan kereta api yang semakin usang.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan