Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

11 maut, 46 cedera setelah pemandu kereta rempuh pejalan kaki di China

Seorang pemandu merempuh keretanya ke arah para pejalan kaki di sebuah kawasan awam yang penuh sesak di China.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Sep 2018 10:01AM Dikemas Kini : 13 Sep 2018 09:08PM

BEIJING: Seorang pemandu merempuh keretanya ke arah para pejalan kaki di sebuah kawasan awam yang penuh sesak di China. Insiden itu meragut sebelas nyawa dan mencederakan 46 yang lain, menurut pegawai tempatan pada Rabu (13 Sep).

Kejadian tersebut berlaku pada jam 7.35 malam waktu tempatan, menurut satu kenyataan di akaun rasmi media sosial bandar Hengdong di wilayah Hunan.

Pihak polis sudah memberkas pemandu tersebut - seorang lelaki berusia 40-an tahun - menurut laporan yang diterbitkan oleh laman berita yang dibiayai pemerintah China, The Paper, yang menambah bahawa penyerang yang disyaki itu pernah menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa ia sedang menyiasat kejadian itu, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Petikan gambar di tempat kejadian yang dikongsi di media sosial menunjukkan bampar sebuah kereta SUV berwarna merah, remuk.

Rakaman video kejadian itu tular di media sosial buat seketika, tetapi dengan pantas dipadamkan.

Jumlah jenayah ganas kian meningkat di China sejak berpuluh-puluh tahun lalu, sedang jurang antara golongan mewah dengan yang miskin semakin melebar. Polis juga sebelum ini menuduh serangan itu didalangi para pemisah militan.

Sumber : CNA/NA /na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan