Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

11 maut, 13 cedera dipanah petir

Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan 13 lagi mengalami kecederaan sedang petir sambar-menyambar di Bihar, India, lapor Times of India.

Anggaran Waktu Membaca:
11 maut, 13 cedera dipanah petir

Gambar fail ribut petir di New Delhi, India. (Gambar fail: PRAKASH SINGH/AFP)

Diterbitkan : 09 Jun 2018 09:56AM Dikemas Kini : 09 Jun 2018 10:03AM

PATNA, INDIA: Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan 13 lagi mengalami kecederaan sedang petir sambar-menyambar di Bihar, India, lapor Times of India.

Menurut agensi pengurusan bencana kebangsaan semalam (8 Jun), enam orang maut di daerah Saharsa sementara empat terkorban di Darbhanga dan seorang lagi meninggal dunia di Madhepura.

Mereka yang mengalami kecederaan pula dibawa ke hospital-hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan.

"Kerajaan negeri telah mengarahkan setiap keluarga mangsa diberi wang pampasan," kata jurucakap agensi terbabit.

Times of India melaporkan bahawa ribut petir sering berlaku di bahagian utara negara itu dari Jun hingga September setiap tahun.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan