Images
  • ketupat 2
    (Gambar hiasan: AFP/Bay Ismoyo)

11 beradik 'makeover' rumah pusaka sempena Lebaran

KUALA LUMPUR: Sebuah rumah pusaka usang menerima sentuhan baru apabila 11 adik-beradik sepakat untuk mencantikkan rumah tersebut sempena lebaran yang bakal menjelang.

Berkongsi beberapa gambar di Facebook, Cik Norlinda dan adik-beradik bersepakat untuk bergotong-royong bagi mengecat dan membaik pulih semula rumah peninggalan orang tua mereka.

Menurut Cik Norlinda, ibu bapa mereka sudah enam tahun meninggal dunia.

“Setelah enam tahun arwah ayah dan ibu meninggalkan kami 11 beradik, 'upgrade' rumah pusaka oleh anak menantu dan cucu,” katanya.

Tambah Cik Norlinda lagi, akan ada fasa kedua untuk sesi ‘makeover’ rumah tersebut untuk memperbetulkan atap rumah.

Setakat ini, hanya kawasan luar dicat warna biru serta mana yang bocor telah dibaik pulih.

Istimewanya lagi, rumah itu turut diberikan sentuhan tradisional dengan lukisan berbentuk kerawang yang dilukis di bahagian hadapan rumah.

Sambil bergotong-royong, keluarga Cik Norlinda berpeluang untuk saling berkumpul. Saat-saat manis itu pasti menyerikan lagi hari raya mereka semua.

- Agensi berita/ZM/zm

Top