Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

100 rakyat M'sia cenderung sertai kumpulan pengganas

Pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa masih terdapat kira-kira 100 lagi rakyat negara itu yang cenderung untuk menyertai kumpulan pengganas di bahagian selatan Filipina dan Syria.

Anggaran Waktu Membaca:
100 rakyat M'sia cenderung sertai kumpulan pengganas

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Penggansan (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 25 Oct 2018 10:16PM Dikemas Kini : 25 Oct 2018 10:20PM

KUALA LUMPUR: Pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa masih terdapat kira-kira 100 lagi rakyat negara itu yang cenderung untuk menyertai kumpulan pengganas di bahagian selatan Filipina dan Syria.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Penggansan (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata selepas kematian ketua militan ISIS Asia Tenggara dari Malaysia, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, kini tugas untuk merekrut pengganas diambil alih oleh Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin (Akil Zainal).

“Akil Zainal yang berlepas ke Syria pada 2014 masih main peranan merekrut rakyat Malaysia untuk dibawa ke Syria. Dalam pemantauan kita di media sosial ini lebih 4,000 (dalam) Facebook... ada 100 lagi rakyat Malaysia cenderung untuk jihad sama ada ke Selatan Filipina atau Syria,” kata Encik Ayob Khan kepada para wartawan ketika ditemui di Bukit Aman hari ini (25 Okt).

Sebelum itu, Ketua Polis Negara Malaysia, Mohamad Fuzi Harun, mengadakan satu sidang media khas berhubung kejayaan PDRM dengan kerjasama Pertubuhan Perisikan Kebangsaan dari Turki, atau yang lebih dikenali sebagai Milli Istihbarat Teskilati (MIT).

Pertubuhan itu sebelum ini berjaya membawa seorang wanita rakyat Malaysia berusia 31 tahun bersama dua anaknya, iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, keluar dari Idlib di Syria setelah suaminya, yang juga warga Malaysia, terkorban di sana.

Menurut Encik Ayob, ideologi pengganas terutama seperti Daesh amat berbahaya khususnya melalui media sosial dan ia boleh menyusup masuk ke negara itu secara senyap jika tidak dikawal dan dipantau.

Seramai 102 rakyat Malaysia dilaporkan pernah berada di Syria untuk berjuang bersama ISIS dan 37 daripadanya terkorban, manakala lapan orang kembali ke Malaysia pada tahun 2015. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan