Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

100 kanak-kanak maut radang otak; disyaki ada kaitan dengan buah laici

Penyakit radang otak yang dikaitkan dengan buah laici meragut nyawa lebih 100 kanak-kanak di wilayah Bihar, di bahagian timur India.

Anggaran Waktu Membaca:
100 kanak-kanak maut radang otak; disyaki ada kaitan dengan buah laici

Bahan toksin dalam buah laici mungkin ada kaitan dengan penyakit radang otak yang meragut nyawa kanak-kanak India. (Gambar: STR/AFP)

Diterbitkan : 18 Jun 2019 07:52PM Dikemas Kini : 18 Jun 2019 07:55PM

PATNA, INDIA: Penyakit radang otak yang dikaitkan dengan buah laici meragut nyawa lebih 100 kanak-kanak di wilayah Bihar, di bahagian timur India.

Selain cuaca amat panas yang mengakibatkan berpuluh-puluh orang mati, wilayah Bihar kini sedang berusaha untuk mengekang wabak radang otak sejak awal bulan ini.

Wabak tersebut berlaku serentak dengan musim buah laici musim panas sejak 1995.

Seorang pegawai kesihatan berkata kebanyakan mangsa mengalami kehilangan glukosa dalam darah secara mendadak.

Beberapa tahun lalu, para pengkaji Amerika Syarikat berkata penyakit tersebut mungkin dikaitkan dengan bahan toksin yang ditemui di dalam buah laici.

Mangsa selalunya mengalami simptom-simptom seperti demam panas tinggi dan sakit kepala.

Wabak serupa turut ditemui di wilayah-wilayah di mana buah laici ditanam di Bangladesh dan Vietnam. 

Sumber : AFP/NF/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan