Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

100 juta warga India keluar mengundi dalam fasa ke-6 Pilihan Raya Umum

Lebih 100 juta warga India keluar mengundi untuk memilih 59 Anggota Parlimen dalam fasa keenam pilihan raya umum negara itu hari ini (12 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
100 juta warga India keluar mengundi dalam fasa ke-6 Pilihan Raya Umum

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 May 2019 09:23PM Dikemas Kini : 12 May 2019 09:28PM

NEW DELHI: Lebih 100 juta warga India keluar mengundi untuk memilih 59 Anggota Parlimen dalam fasa keenam pilihan raya umum negara itu hari ini (12 Mei).

Ia melibatkan tujuh wilayah termasuk Delhi

Perdana Menteri Narendra Modi berharap mendapat mandat untuk memerintah lagi bagi penggal kedua.

Parti BJP pimpinan beliau mendapat tentangan utama dari Parti Congress yang diterajui Rahul Ghandi, anggota keluarga yang mempunyai pengaruh politik besar di India.

Persaingan sengit dalam fasa keenam ini dikatakan terjadi di wilayah Uttar Pradesh.

Namun perhatian juga tertumpu kepada pengundian di New Delhi yang mempunyai tujuh kerusi parlimen.

Sejak tahun 1998, parti yang menang di ibu kota itu, akhirnya mempunyai suara majoriti dan dapat membentuk pemerintah nasional.

Fasa terakhir pilihan raya akan berlangsung Ahad depan dan keputusan rasmi dijangka diketahui pada 23 Mei.

Tinjauan-tinjauan pendapat menunjukkan BJP akan muncul lagi sebagai pemenang utama.

Bagaimanapun jumlah kerusi parlimennya diramal berkurangan daripada 282 yang dimenanginya dalam pilihan raya tahun 2014.

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan